Inilah Kelebihan Istimewa Seorang Hafiz al-Quran di dunia dan akhirat | Hafiz merupakan sebuah gelaran yang diberikan kepada seorang penghafaz al-Quran. Mereka merupakan insan yang telah mengorbankan banyak masa & tenaga untuk menjaga ayat suci al-Quran di dalam dada mereka....
Apakah kelebihan Hafiz di dunia dan akhirat?
Mengahafal al-quran merupakan satu perbuatan di mana seorang hamba-Nya ingin mendapatkan keredhaan Allah SWT dan mengharapkan ganjaran pahala di dunia dan di akhirat. Justeru, Allah SWT telah menjanjikan ganjaran yang cukup besar kepada mereka semua tidak kiralah di dunia mahupun di akhirat. Antara kelebihan seorang penghafal al-Quran di dunia adalah :
1. Mereka diangkat sebagai seorang pemimpin
Seseorang yang lebih banyak hafalannya lebih diutamakan untuk dijadikan sebagai pemimpin ataupun imam solat. Hal ini bertepatan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al Khudriy ra, Beliau mengatakan,
Rasulullah SAW bersabda, “Jika kalian berjumlah tiga orang (dan hendak mengerjakan solat berjamaah) makan hendaklah salah seorang dari kalian yang paling banyak hafalannya menjadi imam”
2. Mereka dianugerahkan hati dan pemikiran yang tenang dan lapang
Orang yang menghafal al-Quran merupakan seorang yang lebih dekat dengan Allah SWT. Hal ini demikian kerana ayat-ayat suci al-Quran tersimpan di dalam dada mereka dan mereka berusaha untuk mengekalkannya dengan baik. Para penghafal al-Quran akan sentiasa "murojaah" atau mengulang bacaan al-Quran mereka dengan tujuan untuk menjaga hafalan mereka. Oleh hal yang demikian, hati mereka akan sentiasa mrngingati Allah SWT, dan sesungguhnya hati yang sentiasa mengingati Allah SWT akan mendapatkan ketenangan seperti yang telah dinyatakan di dalam surah Al-Ra'd, ayat ke 28 yang berbunyi :
{الَّØ°ِينَ آمَÙ†ُوا ÙˆَتَØ·ْÙ…َئِÙ†ُّ Ù‚ُÙ„ُوبُÙ‡ُÙ…ْ بِØ°ِÙƒْرِ اللَّÙ‡ِ Ø£َلا بِØ°ِÙƒْرِ اللَّÙ‡ِ تَØ·ْÙ…َئِÙ†ُّ الْÙ‚ُÙ„ُوبُ}
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram”
3. Mereka merupakan insan istimewa Allah SWT
Daripada Anas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia.”
Kemudian Anas bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Iaitu ahli Al-Quran (orang yang membaca atau menghafal al-Quran dan mengamalkan isinya). merekalah keluarga Allah dan orang yang istimewa bagi Allah.” (Riwayat lbn Majah)
4. Mereka dapat memberi syafaat kepada ahli keluarga mereka
Mafhum sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca al-Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk 10 orang anggota keluarganya yang mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka.” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa’i)
5. Mereka bakal mendapatkan syurga yang tertinggi
Daripada Aisyah r.ha., Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya: “jumlah tingkatan—tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat al-Quran. Maka tingkatan syurga yang dimasuki oleh penghafal al-Quran ialah tingkat yang paling atas, tidak ada tingkat lagi sesudah itu.” (Riwayat al-Baihaqi dan al-Hakim)
Banyak lagi kelebihan untuk seseorang yang mengahafal al-Quran yang tidak disertakan di sini. sesungguhnhya mereka merupakan insan-insan yang telah banyak berkorban untuk memperjuangkan agama Islam. Oleh hal yang demikian, ibu bapa dan kita sendiri seharusnya berhasrat untuk menjadi seorang hafiz dan mendidik anak-anak mereka dengan baik agar kita berjaya di dunia dan akhirat.
Sumber rujukan : islamqa
No comments:
Post a Comment