Oh Wulan

Friday 29 December 2017

Betul ke ni?? 5 PETUA UNTUK MEMBELI RUMAH UNTUK ORANG BUJANG | Kebanyakan masa bila sahabat handai bertanya soalan serius ini, saya tertanya juga apakah mereka menganggap saya ini pencipta Waze. Letak saja alamat, mesti tahu arah tuju.
Advertisement
"Betulkah rumah akan turun harga tahun depan?’’ soal Syed dengan muka penuh pengharapan. Beliau merujuk kepada beberapa kenyataan kerajaan bahawa sektor hartanah negara ini mengalami situasi 'tidak laku’ dan fakta, betapa harga rumah sekarang melam­pau-lampau.
 
Yang diistilahkan 'mampu milik’ pun berada di paras RM400,000 sebuah. Berapa gaji minimum anda kena miliki untuk layak dapat pinjaman bank atau gadai janji (mortgage)? Dan katakanlah bank hanya memberi kemudahan 95 peratus. Mana hendak cari RM20,000 untuk bayaran tunai.
Harga rumah melambung-lambung ini sememangnya menjadi isu semasa negara. Ia dibicarakan oleh rakyat di semua peringkat. Golongan marhain mengeluh, kelas pertengahan merengus dan golongan politik dilihat senantiasa berbahasa kiasan.
Paling kelakar bila kumpulan pemaju pula beria-ia tampil dengan kenyataan 'sektor hartanah diyakini kembali pulih tidak lama lagi’. Maksudnya ialah harga semasa yang ditangisi rakyat sebagai 'mahal’ tidak sesekali akan diturunkan.
Itu bacaan saya terhadap industri perumahan sekarang. Inilah berita negatif saya kepada Syed. Mungkin dia tidak menduga menerima maklum balas saya, walaupun berulang kali juga saya ingatkan bahawa mungkin sebaliknya akan berlaku, siapa tahu. Mungkin benar turun. Lagi pun saya bukan pakar. Sekadar meneliti trend semasa dan pendapat penganalisis, lalu dirangkum dan dirumuskan.
Tetapi mengambil kira semua faktor langsung dan tidak langsung dalam industri perumahan seperti kos pem­binaan, kos hartanah dan siapnya aliran MRT di Lembah Klang, ayat 'harga turun’ tidak mungkin ditemui dalam iklan rumah.
Tidak mahu menekan terlalu lama bab harga ini, saya cuba menasihati Syed untuk menangani masalah ini secara berdepan. "Ini tiada dalam manual atau buku panduan membeli rumah. Ini adalah daripada pengalaman,’’ ujar saya dalam 'nicotiana tabacum' kedua.
Syed, berikut adalah lima petua Merrepak untuk anda membeli rumah. Tidak wajib patuh. Tidak wajib akur. Memadai senyum, cukuplah.
1. Kahwin
Belum ada jodoh? Bagaimana hendak ada jodoh jika calon pun tiada. Tidak apa. Bukan hendak cerita hal jodoh pun. Tetapi berkahwin juga bermakna percantuman dua ekonomi suami isteri.
Pendapatan seisi rumah ini menjadi kriteria yang baik ketika memohon pembiayaan pembelian rumah, berbanding seorang. Lebih-lebih lagi bank sekarang yang mengetatkan syarat kelayakan.
Sudahlah rumah mahal, bank pula ketat. Peritlah ekonomi negara dibuatnya. Serba-serbi sakit. Jadi bagi anda yang sudah berumahtangga, ketahuilah anda sudah ada satu markah untuk memohon dana bank.
2. Tukar gaya hidup
Susah jika ia sudah biasa dan seronok diamalkan. Te­ta­pi sesi karaoke itu wajarkah diamalkan, melainkan anda betul-betul menjadikan bidang nyanyian sebagai punca pendapatan. Jadi yang saja berkaraoke hen­dak lepaskan geram, boleh diku­rangkan. Itu satu contoh sahaja.
Saya sarankan apa sahaja perbe­lan­jaan tinggi sama ada untuk hiburan atau sukan, jika boleh, kita korbankan demi mencapai matlamat memiliki rumah. Permainan seperti golf, kembara kenderaan pacuan empat roda dan lain-lain. Mahal semuanya itu. Kembalikan semula hanya sesudah memiliki rumah dan pendapatan stabil.
3. Tamatkan hutang kad kredit
Antara aspek yang bank teliti dalam permohonan pembiayaan anda ialah berapa liabiliti semasa. Hutang kereta, hutang kad kredit dengan gaji anda, bagi mencari ruang tambahan bagi anda membuat pembayaran bulanan gadai janji rumah.
Jadi, langkah terbaik ialah uruskan dulu hal hutang kad kredit terutamanya, kerana ia 'beranak’ 18 peratus setahun. Soal keperluan kad kredit, itu anda fikir sendirilah. Malas hendak tazkirah orang yang suka berbelanja di luar kemampuan.
4. Sentiasa ikuti perkembangan pasaran rumah
Ada masanya anda dikemukakan peluang membeli rumah tetapi anda tidak teruskan kerana pelbagai ala­san seperti tiada ilmu atau tiada maklumat. Helo! Semua maklumat yang dimahukan itu boleh dipero­leh secara dalam talian, kalau malas sangat sekali pun hendak bertanya orang. Jika berterusan memberi alasan 'tidak berani’, anda mung­kin terlepas peluang.
Sama seperti kisah seorang kenalan yang menga­ku berasa rugi kerana tidak mengendahkan iklan rumah teres RM300,000 di Shah Alam pada 2001. Pada 2005, harga rumah itu sudah naik RM450,00 dan kini berlegar sekitar RM600,000. Pada harga RM400,000 sekarang yang ada di Shah Alam hanyalah apartmen. Rumah teres tiada lagi.
5. Berani ambil risiko
Kadang-kadang ada bagusnya mengambil risiko membeli rumah, walaupun gaji cukup-cukup sahaja. Kisahnya seorang lagi kenalan, membeli rumah RM300,000 juga 12 tahun lalu, setelah ditolak segala hutang lain termasuk makan minum, baki duit pada tangan hanya RM200. Duit itu boleh diguna untuk te­ngok wayang, karaoke atau apa sahaja, tetapi cukup-cukup sahaja. Tidak lebih. Janji ada.
Cuma ia rumit bila kereta rosak, dan kosnya melebihi RM200. Maka kad kredit digunakan. Tetapi kemungkinan negatif itu jarang-jarang berlaku. Percayalah, jika berani ambil risiko dan meng­amalkan keempat-empat per­kara yang digariskan di atas iaitu kahwin, tamatkan hutang kad kredit, tukar gaya hidup dan sentiasa ikuti perkembangan pasa­ran rumah, Insya-Allah anda boleh memiliki rumah. Syed, boleh tak?

Thursday 28 December 2017

Allahu Rabbi. Luluh hati ini! Wanita Ini Buka, Lihat Dengan Mata Berkaca | Saya terjumpa smartphone itu tanpa sengaja. Tiada security lock, justeru mudah saja saya meneliti kandungannya. Jantung berdegup laju. Hati penuh debar. Satu persatu chatnya saya baca. Semua video dan gambarnya saya lihat dengan mata berkaca. Allahu Rabbi. Luluh hati ini!


“Mujur umi yang jumpa handphone ni! Kalau orang lain jumpa macam mana? Aina nak semua gambar dan video bogel Aina tersebar satu dunia?”
Geram. Meradang. Kecewa. Sedih.
Dia tunduk. Perasaan saya bercampur baur. Geram. Meradang. Kecewa. Sedih. Arghh! Rasa nak menjerit melepaskan apa yang terbuku di dada.
Allahu Rabbi. Berat sungguh beban rasa ini! Bagaimana jika ibu ayahnya melihat apa yang saya lihat ini? Bagaimana mereka nak terima hakikat bahawa anak perempuan mereka yang manja, yang baik dan dipercayai boleh bertindak liar seperti ini?

Latar Belakang Keluarga Baik & Di Kenali
Aina – ya ini bukan nama sebenarnya. Ini cerita tentang seorang gadis remaja. Saya mengenalinya sejak dia masih bergelar kanak-kanak. Kenal seluruh ahli keluarganya. Dia dah macam anak saya. Dia manja dengan saya. Dia panggil saya umi!
Dia bukan budak tepi jalan yang tak dapat cukup asuhan atau dahagakan perhatian. Ibu ayahnya orang profesional. Somebody. Keluarganya terhormat. Ibu bapanya juga jenis yang mengambil berat. Dia pelajar sekolah agama. Bertudung labuh. Baik dan sopan saja.
Dan… Allah takdirkan saya melihat gambar-gambar bogelnya, video-video lucah dengan aksi ghairahnya. Dikirimkan kepada teman lelakinya. Segala chat yang ada saya baca. Gambar dan video lucah bersepah. Macam sampah di pusat pembuangan sampah! Saya rasa nak muntah!
Allahu Rabbi!
“Kenapa boleh jadi sampai macam ni? Kenapa boleh jadi macam ni?!”
Dia geleng. Tunduk. Katanya, dia sendiri tak tahu mengapa dia lakukan seperti itu. Aduhai.. anak gadis ini sedang keliru mengendalikan nafsu!

Setapak Saja Lagi Dari Zina
“Semua ni sangat teruk dan sangat memalukan Aina! Allah takdirkan umi yang jumpa semua ni tanda Allah sayang Aina. Allah nak Aina berhenti dari buat semua ni sebelum jadi sesuatu yang lebih teruk lagi. Aina hanya setapak saja lagi dari zina. Setapak saja lagi! Istighfar! Allah sayang Aina. Ini cara Allah tegur Aina. Hargai. Jangan sampai Aina dah tak boleh diselamatkan lagi!”
Kami berpelukan. Saya menangis. Dia menangis. Hujan lebat yang bercurahan bagai turut meraikan. Memang ada yang perlu ditangiskan. Memang ada!

Ketakutan Terhadap Dunia Yang Semakin Mencabar
Saya meninggalkannya di asrama dengan penuh kekesalan dengan apa yang telah dia lakukan, dengan penuh harapan agar dia tidak lagi melakukan kesilapan.
Saya meninggalkannya dengan penuh debar. Dengan rasa ketakutan terhadap dunia yang semakin mencabar. Dengan penuh sedar bahawa saya ada 7 orang anak yang sedang membesar! Ya Allah.. bagaimana harus saya didik mereka agar mampu selamat merentasi lautan bara ini? Lautan bara ini terlalu luas dan berbahaya. Pantang tersimbah minyak, marak!
Allah.. Allah..

Punca & Segalanya Bermula Dari Smartphone
Fitnah akhir zaman. Segala-galanya di hujung jari. Smartphone.
Kawan-kawan, saya tahu ini zaman smartphone. Anak-anak kalian menagihnya.
Anak-anak saya sendiri merayu mahukannya. Saya tegah dan memberikan 1001 sebab mengapa tidak boleh. Mereka memberontak. Merayu lagi.
“Kawan-kawan kami semua ada, ma.”
“Kami cuma nak main games.. ambil gambar..”
Ah, alasan mereka pelbagai! Semalam saya dah bertegas tak nak beri, hari ini mereka merayu lagi. Terus-terusan merayu lagi!
“Didik anak kamu dengan zaman mereka.. bukan dengan zaman kamu..”
Aduhai.. pesanan yang satu ini harus saya pertimbangkan juga. Didik anak dengan apa yang ada di zaman mereka. Saya tak boleh lari dari hakikat ini.

Nak Smartphone? Ya Boleh! Tapi, Ada Syarat-Syaratnya.
Maka, baik! Saya ikutkan akhirnya. Tapi dengan syarat berjela demi melindungi mereka.
1. Cuma 3 jam saja sehari. Cukup 3 jam, serahkan kepada saya kembali.
2. Tiada Whatsapp atau Wechat. Cuma FB.
3. Saya akan spotcheck pada bila-bila masa. Semua password – saya mesti tahu. Bermakna ketika mereka layan FB, saya juga boleh masuk ke akaun yang sama dalam masa yang sama.
4. Jaga adab dan bahasa.
Mereka cuba patuh. Tapi kerana saya benar-benar pantau, maka saya tahu kadang mereka gagal. Lalu saya punya alasan yang kukuh untuk menarik kemudahan itu kembali. Anak-anak tak boleh lagi salahkan saya, tak boleh lagi tuduh saya mengongkong, out of date dan sebagainya.
“Mama dah beri peluang untuk awak cuba. Tapi awak yang tak pandai jaga!”
Noktah! Tiada lagi smartphone kecuali jika saya benar-benar yakin mereka sudah matang untuk mengendalikannya.

Alam Remaja. Alam Yang Dipenuhi Rasa Teruja Mahu Mencuba
Kawan-kawan, saya tahu, kita semua pun tahu betapa obsesnya kanak-kanak dan remaja mahukan smartphone. Sangat sukar menafikan keterujaan mereka di saat majoriti rakan-rakannya memiliki gadget yang satu ini.
Namun kita pun faham betapa fasa remaja adalah satu fasa yang penuh dengan rasa teruja mahu mencuba itu dan ini. Fasa yang penuh kekeliruan dalam mencari identiti sendiri.
Maka apa kita boleh buat?
Explain.
Pujuk.
Pantau.
Alihkan perhatian mereka.
Bertegas.

Wajib Kawal Habis-Habisan
Jika belum beri, jangan beri.
Jika sudah terlajak memberi, jangan teragak-agak untuk ketatkan kawalan terhadap penggunaan. Pantau habis-habisan.
Mereka anak-anak kita. Kita ada hak dan kuasa.
Biar dia mengamuk. Biar dia merajuk. Biar!
“Ini rumah mama! Mama tawarkan awak duduk di sini dengan semua kemudahan dan keselesaan. Selagi apa yang awak nak tak salah dari segi agama, mama cuba tunaikan. Kalau awak nak duduk rumah ini, ikut cara mama.
Kalau awak nak ikut juga cara awak, terpulang. Mama tak halau. Tapi kalau awak sampai sanggup keluar dari rumah ni sebab nak ikut kata hati, mama takkan halang. Terpulang! Apa pun jadi nanti, awak tanggung sendiri. Jangan pula bila susah nanti, cari mama. Jangan pula masa nak kahwin nanti, tergedik-gedik minta mama uruskan. Jangan harap!”
Saya noktahkan di situ.

Tiada Kompromi. Jangan Mudah Cair Dengan Pujuk Rayu Anak
Tiada kompromi. Sayang anak. Dan itulah cara saya menzahirkan kasih sayang saya. Selepas fasa explain dan pujuk tidak berjaya, fasa bertegas menyusul. Tiada kompromi!
Kawan-kawan,
Telah terlalu banyak kerosakan yang berlaku di muka bumi ini termasuk yang dilakukan oleh kesilapan kita sendiri. Tapi kita mahu kesudahan hidup yang baik. Kita mahu menjadi lebih baik. Kita mahu zuriat keturunan kita baik-baik saja agar layak untuk kita semua menempah tiket ke syurga.
Maka cukuplah. Cukuplah untuk kita tunduk pada manusia, pada pasangan, pada majikan, pada anak-anak atau pada sesiapa juga.
Ini masanya untuk kita lebih serius menzahirkan tunduk kita pada Allah. Apa yang baik, kita sokong. Apa yang buruk, kita tegah. Itu yang dipertanggungjawabkan dan itu yang perlu kita jawab di akhirat nanti!
Kami memohon keampunan-Mu, Ya Allah.
#BondaNor

Sumber : Facebook Bonda Nor
Mengapa Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din berwasiat dikebumikan di tempat beliau menghembuskan nafas terakhir? Inilah jawapannya. Akhirnya kita bertemu perbezaan yg ketara antara org yg berilmu dan yg jahil...





——————————————
روى الإمام أحمد والنسائي وابن ماجه من عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال :
مات رجل بالمدينة ممن وُلِد بها ، فصلى عليه رسول الله صلى الله عليه وسلم ، ثم قال : يا ليته مات بغير مولده قالوا : ولم ذاك يا رسول الله ؟ قال : إن الرجل إذا مات بغير مولده قيس له من مولده إلى منقطع أثره في الجنة .
Imam Ahmad , an-Nasa’i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr Radhiyallahu ‘Anhuma telah berkata :
” Seorang lelaki kelahiran kota madinah meninggal dunia di Madinah. maka Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyembahyangkan jenazahnya.
Baginda kemudiannya bersabda :
” Alangkah baiknya andai kata beliau meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya”.
Mereka ( para sahabat ) bertanya :
” Kenapa begitu ya Rasulullah? “.
Baginda bersabda :
“Sesungguhnya apabila seorang lelaki meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya, akan dihitungkan ( ganjaran pahala seluas ) jarak antara tempat kelahirannya hingga ke tempatnya di syurga.
[ HR. Ahmad, an-Nasa’i dan Ibnu Majah)
Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, sebelum diterbangkan, mayat itu akan tersimpan lama di rumah mayat.
Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal. Itulah kasih sebenarnya, mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal.
Pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah. Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.
Bila nak bawa balik ke kampung, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, contoh, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan. Peraturan penerbangan Amerika ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (on medical ground). Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang.
Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh. Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya ada waris2 yang berkata,”Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Amerika..?!”.
Kita kena faham, kemuliaan, mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya. Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya’Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah.
Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya’Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar
ALMARHUM DATO DR HARON DIN
#ALFATIHAH
Image may contain: 1 person, standing
Image may contain: 3 people, people standing and outdoor
No automatic alt text available.
Sumber: fb Resepi Dari Isteri Untuk Suami Tercinta via superlicious
BACALAH WAHAI ISTERI, AGAR MENJADI ISTERI YANG SOLEHAH  | Memegang status seorang isteri bukan sesuatu yang mudah kerana tanggungjawab yang digalas amat berat. Ini kerana wanita yang bergelar isteri seterusnya menjadi seorang ibu mempunyai peranan yang besar dalam memastikan kehidupan keluarga bahagia dan seterusnya berperanan dalam pembinaan insan yang berjaya..
Kehidupan yang mencabar pada hari ini menuntut golongan isteri untuk lebih fokus terhadap kerukunan rumahtangga agar tidak tersasar daripada perkara- perkara yang boleh membawa kegagalan dalam perkahwinan mereka.

Semua wanita mahukan kebahagiaan dalam perkahwinan, memiliki anak-anak yang berjaya dalam pelajaran dan kehidupan. Namun, dalam mencari kebahagiaan, isteri sering meletakkan syarat kebahagiaan ke atas bahu suami, contohnya jika suami baik baharulah kehidupan rumahtangga akan bahagia, namun jika sebaliknya rumahtangga tidak akan menemui kebahagiaan.
Menurut Pakar Motivasi terkenal, Profesor Dr. Muhaya Mohamad melalui rancangan Tarbiah yang disiarkan di radio IKIMfm jam 10.15 Jumaat lalu, wanita yang meletakkan syarat kebahagiaan hanya kepada suami tidak akan mengecapi kehidupan yang baik dalam perkahwinan kerana suami dan isteri harus mempunyai kesedaran yang tinggi untuk membina prinsip hidup ke arah mencapai kebahagiaan.
Dengan ini, perlu bagi seseorang isteri melakukan transformasi diri dengan tidak hanya meletakkan aspek luaran semata sebagai prinsip kebahagiaan, sebaliknya menekankan aspek yang lebih bersifat kerohanian. Oleh itu, Prof. Dr Muhaya menyarankan beberapa prinsip penting sebagai tonggak utama dalam membina kehidupan rumahtangga yang cemerlang.
Pertama, sebagai seorang isteri atau ibu, wanita harus membina semangat yang lebih positif, seperti sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki. Begitu juga melatih ahli keluarga untuk fokus terhadap apa yang ada, bukan apa yang tidak ada. Perasaan sentiasa bersyukur dengan anugerah Allah ini membuat hati merasa lebih lapang kerana minda kita tidak akan terganggu dengan keinginan yang tinggi terhadap perkara yang bukan menjadi milik kita.
Prinsip kedua utama dalam rumahtangga ialah  seorang isteri harus peka tentang pemakanan yang seimbang untuk ahli keluarganya. Makanan yang baik akan menentukan keluarga sihat sejahtera. Apabila seseorang isteri yang mempunyai kesihatan yang baik, suami dan anak-anak juga sihat, keluarga akan bertambah ceria dan gembira. Oleh itu, penting bagi wanita memahami tentang nutrisi dan menyediakan pemakanan yang terbaik untuk ahli keluarganya.
Isteri juga harus menjadi agen kesihatan bukan hanya fizikal tetapi mental dan spritual. Mempunyai emosi yang seimbang, kesihatan fizikal yang baik, dan kekuatan kerohanian yang tinggi, adalah penting dalam pembinaan akhlak seorang isteri yang unggul. Ini kerana, isteri atau ibu adalah idola bagi anak-anak dan sumber kekuatan bagi keluarga untuk mengharungi kehidupan yang penuh cabaran.
Prinsip ketiga, isteri hendaklah sentiasa fokus untuk mencapai bahagia. Ini bererti seorang wanita itu hendaklah sentiasa menanam azam untuk menjadi sumber kebahagiaan kepada keluarganya. Orang yang bahagia akan mendapat kebahagiaan dan memberikannya kepada orang lain. Orang yang penuh kasih sayang akan memberi keseluruhan kasih sayangnya terhadap orang lain. Sebab itu, seorang isteri haruslah sentiasa fokus untuk membina tenaga bahagia dalam dirinya. kerana dengan itu,dapat menghasilkan sebuah kehidupan yang bermakna.
Menurut Prof Dr. Muhaya, kita hendaklah selalu menekankan tentang hidup yang saling memberi dan berkongsi. Contohnya memberi kasih sayang dan berkongsi rezeki dengan orang lain akan menambahkan lagi barakah dalam kehidupan kita dan keluarga.
Terapkan nilai murni dalam diri dan tumpukan kepada matlamat dalam perkahwinan seperti mendidik anak, menguruskan rumahtangga atau apa sahaja yang membawa kebahagiaan kepada keluarga dan perkahwinan adalah tugas yang perlu diberi keutamaan.
Begitu juga dalam membuat pilihan dan menentukan keputusan yang  betul. Sekiranya ada ujian atau masalah sekalipun, ianya tidak menjejaskan proses kehidupan kita, malah kita lebih tabah menghadapi setiap ketentuanNya kerana percaya setiap yang Allah berikan itu adalah yang terbaik untuk kita.
Prinsip keempat, jadilah seorang yang pemaaf. Jangan biarkan kesilapan masa lalu membelenggu minda kita. Ini kerana, orang yang sentiasa diawasi oleh kisah silam membuatkan minda menjadi sempit. Seseorang yang dikawal oleh kesilapan masa lalu membuatnya menjadi tidak bermotivasi untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. Begitu juga dengan orang yang takut dengan masa hadapannya, menjadikan dirinya tidak dapat mencapai kebahagiaan sebagaimana yang diharapkan.
Dalam konteks ini seorang isteri atau ibu harus selalu berlapang dada dan akur atas kekurangan diri sendiri dan pasangannya. Jangan terlalu mengharap suami dan anak-anak begitu ideal sehingga kita tidak boleh menerima kesilapan dan kekurangan mereka. Mempunyai perspektif yang lebih terbuka membuat hati merasa lebih lapang.
Prinsip kelima adalah hidup dalam kesedaran, kerana isteri yang bahagia selalu bermuhasah diri dan memperbetulkan kesilapannya. Menjadi penasihat yang baik kepada anak-anak dan seterusnya merancang hidup yang seimbang dan tersusun.
Setiap orang dalam dunia ini mempunyai masalah tertentu, sesiapapun tidak akan terlepas dari melalui ujian hidup, sama ada ujian anak-anak nakal, ujian kesihatan, suami yang malas, atau apa juga ujian yang membuatkan kita merasa tersepit untuk menikmati bahagia. Namun, jika kita melihat masalah itu sebagai halangan ia akan menjadi tekanan kepada kita. Jika kita melihat sesuatu masalah sebagai suatu proses kehidupan, setiap permasalahan yang berlaku dapat dilalui dengan lebih tabah.
Apa yang penting besarkan minda kita kerana minda yang besar akan melihat masalah menjadi kecil, apabila kita merasa setiap masalah itu hanya sebagai perspektif, nescaya kita akan dapat menerima permasalahan dengan pandangan yang positif.
Transformasi diri amat penting kepada semua orang terutama wanita yang bergelar isteri. Ini kerana, isteri atau ibu yang bahagia akan memberikan kebahagiaan kepada seluruh ahli keluarganya. Bayangkan setiap pagi jika isteri tersenyum bahagia, suami dan anak-anak akan merasa gembira. Isteri yang penuh kelembutan dalam tutur bicara menyejukkan jiwa ahli keluarga, isteri yang sihat sejahtera akan menjadi sumber kekuatan sesiapa sahaja.
Seorang wanita yang sentiasa menggerakkan dirinya untuk mencari kebaikan dalam hidup tidak akan bergerak secara keseorangan. Mereka turut melibatkan suami dan anak-anak atau sesiapa di sekelilingnya untuk bersama-sama memulakan langkah dengan selalu meningkatkan diri dengan kefahaman ilmu agama kerana itulah yang akan mencorak masa depan perkahwinan yang bahagia.
SUMBER:IKIM
KOTA BHARU 15 Jun - Seorang lelaki meninggal dunia selepas menunaikan solat sunat tasbih ketika mengikuti program qiamulail di Masjid Ayah Will, Kampung Teluk Baru, Demit di sini awal pagi tadi...SUBHANALLAH  !! MENINGGAL DUNIA KETIKA BERQIAMULLAIL!!



Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 pagi itu, mangsa Hamzah Harun, 52, yang merupakan jemaah tetap di masjid berkenaan dikatakan rebah ketika sedang berdoa.


Pengerusi Masjid Ayah Will, Nawi@Zain Zakaria, 60, berkata, pada masa kejadian, Hamzah sempat menghabiskan solat sunat tasbih tersebut.


“Ketika sedang mengaminkan doa, arwah rebah secara tiba-tiba dan situasi itu amat mengejutkan para jemaah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Nawi memberitahu, arwah sering mengikuti program qiamulail di masjid berkenaan sempena malam-malam terakhir Ramadan ini. - UTUSAN ONLINE

SUMBER: Utusan Melayu (M) Bhd

Monday 25 December 2017


Ku Sangkakan Emas Rupanya Kaca Berhabuk!! “YA ALLAH!! PATUTLAH BAKAL SUAMI AKU PAKSA AKU MINUM AIR COKE YANG DAH TERBUKA NI” \ Dimulakan cerita masa tu umur sy baru 17 tahun.. Sy kongsi kisah kehidupan sy memang susah.. Mak ayah sy becerai berai ayah kawin baru langsuang tak bagi nafkah.. Masa tu sy tinggal bersama ibu sy dan seorang adik lelaki sy.. Mak sy juga telah berkahwin lain..



Tapi kehidupan kami memang susah lepas spm sy kepingin sangat bekerja.. Tetapi masa tu sy cuma ada surat beranak kat mana mana pun tak terima untuk bekerja sebab ayah dan ibu taknak urus taraf kewarganegaraan sy alasan sibuk sebab urus rumah tangga masing2x.. Sy memang susah masa tu begerak ke mana pun susah..

Suatu hari ayah tiri sy kenalkan sy dengan kawan dia.. Duda anak 1 katanya.. pertama sy anggap dia abg sy dia kehidupan senang.. Sumpah sy cakap sejak kenal dia sy anggap dialah ayah sy dia urus sy sy sayang dia.. Masa umur sy 17 dia dah 27.. Dia banyak tolong sy tolong keluarga sy dia baik penyayang.. Dia seorang yg hidup senang.. Sy pun sayang anak dia.. Sy tak tahu sebalik kebaikannya dia menyimpan sebuah hajat ingin memperisterikan sy untuk menjaga anak dia.. Tahu tak setahun lebih sy hidup dengan dia dia tunjuk rumah dia dia tunjuk anak dia sy tak betul betul jadi buta masa tu lagi lagi sy betul betul jatuh cinta sebab dia baik pada sy.. Sejak tu sy senang.. Setahun lebih sy hidup dengan dia sampai satu tahap dibuai cinta dan sy terlanjur dengan dia.. Dialah orang pertama yg sentuh sy..

Dia cakap dia janji akan menjadikan sy isteri dia walau apapun terjadi..
Masuk tahun ke 2 sy mengenalinya banyak benda pelik terjadi.. Sy tak pasti dia jarang bersama sy.. Dia jarang angkat coll sy.. Masa tu allah uji sy.. Sy mengandung.. Sy rasa bahagia sangat kerana sy bakal menjadi seorang ibu untuk pertama kalinya dan anak sy tu bakal jadi anak ke 2 pada suami orang tu.. Saya gembira sangat.. Tak sabar untuk beritahu lelaki tu yg sy mengandung..
Sy cuba coll dia untuk membagitahu berita gembira tu.. tiba tiba dalam talian suara wanita menjawab..

“Ya awak siapa??”
” Sy …… sy cari si ….. ini siapa yah??”
” Owhh sy isteri muda dia.. Suami sy tengah tidur ni..”
Berderai air mata sy .. Sy nangis sangat.. Masa tu sy masih muda.. 19 tahun.. Sy dah lalui ujian macam tu.. Sy nak gila 2 tahun sy mengenali dia.. Sy tak sangka dia berjaya menipu sy hidup hidup..Dia sebenarnya bukan duda.. Dia mempunyai 2 orang isteri.. Yg pertama warga indonesia yg ke dua orang johor.. Masing masing mempunyai anak 1..
Sy sedih sangat tak tahu macam mana meneruskan kehidupan sy.. Sy dalah tak da ic tak boleh kerja.. Sy akhirnya sanggup menjadi isteri ke 3 pada lelaki tu sebab sy dah terlanjur sy dah mengandung sy kesian pada anak yg sy kandungankan harus terpisah dari ayah dia.. Tak apa sy rela dimadukan. Lagipun lelaki tu mampu..

Selepas kantoi dia pujuk sy dia rayu rayu sy macam macam.. Sy tak boleh buat apa2x sebab sy terlanjur sy dah mengandung.. Tapi sy tak beritahu..Sy cuma tanya dia
“Kalau sy mengandung awak nak buat apa??”

Dia jawab dia akan gugurkan dulu anak tu sebab dia tak nak ada anak luar nikah.. Dari isteri pertama dan ke 2 anak anak dia berbinkan nama dia..Dia taknak ada anak luar nikah nanti dia malu.. Sy lebih terkilan masa tu.. Sy tak dapat berbuat apa apa.. Sy hanya mampu berdiam.. Sy kesian pada anak dalam kandungan sy.. Sy takut dia gugurkan anak tu dan sy ambil keputusan untuk merahsiakan pekara itu dari dia.. Sy terpinga pinga tak tahu arah tujuh.. Akhirnya sy membuat keputusan untuk terus membesarkan kandungan sy sendiri dan melahirkan dia dengan sempurna.. Sy tahu sy tak mampu dan sy dah bernazar bila lahir anak tu sy berikan pada sahabat sy yg dah berumahtangga yg belum mempunyai anak.. Sy tak kisah tak dapat merasa membelai seorang anak tu macam mana janji anak tu lahir dari rahim sy..

Dua bulan sy tak jumpa dia (Suami orang tu) sy tak coll dia dia coll sy tak jawab.. Satu hari dia datang rumah.. Sy tekejut sangat dengan kehadiran dia.. Dia cari sy dia cakap dia rindu.. Sy bawa dia masuk rumah sy buatkan air.. Tiba tiba sekali lagi sy terkejut apabila lelaki tu memegang sesuatu benda dan diperhatikanya elok elok (pregnent test)
Dia mood marah.. Dia tanya sy ” Apa ni?? Awak mengandung ke?? Anak sape?? Dua bulan awak tak dengan sy tak jawab coll sy ini ke awak sorok?? Anak jantan mana awak mengandungkan ni hahh??”
Masa tu sy ingat lagi sy menangis sy sujud merayu rayu dekat kaki dia.. Terlebih dahulu sy minta maaf.. sy cakap sy mengandung dah 3 bulan dan anak tu anak dia.. Sy merayu pada dia sy nangis sekuat hati sy memohon untuk dikasihani sy memohon agar anak tu tidak digugurkan.. Sy tak kisah kalau dia tak ingin jadikan sy isteri ke 3 janganlah gugurkan anak kami..
Masa tu sy ingat dia cakap apa.. Dia sudi terima anak tu.. Dia janji akan nikahi sy dalam masa terdekat.. tak payah sanding pun sy tak kisah janji sy jadi isteri dia.. Sy ingat bertapa bahagianya sy masa tu sy akan menjadi isteri ke 3 akan mempunyai kakak kakak (madu) tempat sy menumpang kasih..

Disitulah bermula detik kebahagiaan sy.. Banyak yg sy angankan untuk masa depan anak dalam kandungan sy.. Tak kisahlah dia banyak adik beradik tiri sy harap mereka saling mengasihi.. Sy siap belikan lagi anak dalam kandungan sy baju2x baby sy tak sabar untuk menjadi ibu.. Sy belikan baju baby girl gaun2x pink sebab firasat sy anak tu anak perempuan.. Malam malam sy bermain dengan kandungan sy sy syukur sangat kandungan sy diterima ayahnya sendiri..

Dipendekkan cerita.. Suatu hari suami orang tu bawa sy berjalan jalan tunaikan apa yg sy mengidam.. Sy ingat masa tu sy mengidam makan pizza… Sy suka sangat hari tu dia layan sy macam permaisuri.. Dia bawah sy berjalan.. Pada tengah harinya dalam keretanya dia ajak sy minum kola yg dia dah buka masa tu sy memang mengidam kola sy terus je minum lepas tu sy terus tak sedarkan diri.. Sy tersedar dah malam.. Sy juga sedar sy sudah di rumah.. Yg lebih mengecewakan sy.. Sy sedar sy dah datang bulan.. Sy tanya suami orang tu kenapa?? Dia menjawab slumber..
“Maaf sayang isteri isteri sy tak setuju untuk sy berkahwin lagi buat masa ni.. Jangan sedih sayang sy akan usahakan untuk pujuk mereka.. sy janji nanti setelah awak jd isteri sy sy akan bagi awak anak tahun tahun yah.. Sy bagi awak anak yg banyak sy janji sayang..”
Allah sahaja tahu perasaan sy masa tu..

Sy ludah muka dia..
Sy lempang muka dia..
Sy baling dia pakai gelas kaca sampai kepala dia berdarah..
Sy halau dia..
Dia bukanlah manusia.. Dia binatang yg bertopengkan manusia.. Dia lebih jijik daripada babi @ binatang yg haram..

Sedih sy tergamak dia buat begitu pada anak sendiri.. Memang dia hati binatang.. Sy pula baru 19 tahun masa tu terlalu mentah untuk membuat keputusan percaya bulat2x pada dia..
Hampir setegah tahun dia pergi meninggalkan sy dia tak datang langsung pun.. Lepas anak tu gugur sy jd orang yg tak betul.. Sy meroyan tiap malam sy cium cium baju yg sy dah belikan anak sy tu.. Sy sakit sy demam dalam setengah tahun sy jd orang tak betul mencari anak sy.. Bila tengok anak perempuan orang yg masih kecil sy akan menangis sy cakap “itulah anak sy yg hilang ” Mak sy kesian tengok kehidupan sy sampai ajak berubat kampung.. Silap sy juga takut beritahu mak sy.. Mak sy cakap kalau sy beritahu dia dia takkan biarkan anak tu gugur.. Walaupun anak hasil zina dia sudah bernyawa dia pun manusia.. Dia layak untuk dilahirkan walaupun tanpa seorang ayah.. Sy sedih teramat..

Selepas setengah tahun pejabat pendaftaran dah bagi kelulusan untuk sy membuat ic
Masuk tahun ke 3 umur sy dah 20 tahun.. 3 tahun sy hidup bersama dia.. Sy dah kerja tapi sy tak boleh lupakan kisah silam tu.. Dan sy berniat apapun yg terjadi sy akan jadi isteri ke 3 dia cara apapun.. Sy mesti sy dah korban maruah diri sy anak sy sekali.. Sy tak kan lepaskan dia..
Setelah setengah tahun dia pergi.. Dia muncul lagi.. Dia merayu rayu diberikan peluang.. Sy diam.. Sy tak layan.. Tapi sy fikir..

“Maruah sy ada pada dia.. Adakah lelaki lain yg akan sudi terima sy apa adanya??”
Sy menangis sy solat taubat sy berdoa pada allah ampunkan segala dosa saya dan tunjukkan sy jalan yg benar kerana sy sudah tidak tahan diberikan ujian seberat itu..
Selang beberapa hari sy berjumpa dan berkenalan dengan seorang lelaki bujang.. Dia ni memang kawan sy cuma sy tak layan sebab sy setia pada suami orang.. Beberapa bulan kami berkawan dia menyatakan hajatnya yg dia cintakan sy.. Dia ingin menjadikan sy sebagai kekasih hati.. Sy takut untuk menerima kerana sy sudah tiada harga diri.. Sy hanya mampu berdiam dan dia menyatakan yg dia dah lama menyintai sy sejak sy meroyan lagi.. Dia tahu kisah silam sy.. Dia cakap dia sudi terima sy apa adanya.. Sy nangis sy dah korbankan anak sy demi suami orang sy nak suami orang tu juga jadi suami sy.. Tapi sy hanya menyatakanya dalam hati.. Hari demi hari sy laluan bersama bujang sebagai kawan.. Sy mula tertawa senyum semula walaupun ada kesedihan dalam hati sy..
Masa sy bahagia tu suami orang tu datang kembali.. Menyatakan hasratnya ingin menjadikan sy isteri ke 3 kerana kedua dua isterinya sudah sudi menerima sy sebagai madu mereka.. Sy bahagia sangat sebab itulah impian sy..

Malam tu sy tidur dengan hati yg tenang dan bahagia.. Tapi entah mengapa malam tu allah mimpikan sy tentang kehidupan bekeluarga bersama yg bujang sy kenal tu.. Sy terbangun dari tidur sy.. Malam tu sy solat hajat.. Sy mintak petunjuk pada allah apa sebenarnya yg ingin allah sampaikan melalui mimpi itu…

Sy bangun dan berfikir.. Mungkin allah ingin sy memilih untuk menerima yg bujang dan hidup bersama yg bujang..

Pagi pun kian menjelma.. sy masih ingat masatu 16 Disember 2013 sy berumur 20 tahun.. Hari tu sepatutnya sy. pergi berjumpa kedua dua bakal madu sy dan bakal mertua sy untuk menunaikan hajat menjadi isteri yg ke 3 pada suami orang..

Tapi hari tu juga sy menolak mentah menta pelawaan suami orang tu dan sy menerima lelaki bujang tu dalam kehidupan sy.. Masa tu suami orang tu marah..

” Aku dah bagi kau macam macam kesenangan dari kau miskin kau susah kau hingusan tiada apa apa sampai kau jd manusia..Tiada tempat bergantung aq pungut kau.. Bagi kau kesenangan aq.. Ini kau balas pada aq setelah macam macam aq korbankan?? Memang kau perempuan sial pernah ku kenal”
Sy hanya mampu tersenyum.. Sy cakap kat dia cukuplah sy jadi hambah cinta dan hambah duit pada dia selama ni.. biarlah dia nak nilai sy macam macam janji sy tau apa pilihan sy.. Sy cakap biar sy sial jangan sy binatang macam dia..
Sy mulakan hidup baru bersama bujang dan alhamdulillah masuk umur sy 21 tahun kami berdua bernikah dan hidup bahagia selang beberapa bulan berkahwin sy di sahkan mengandung untuk yg ke 2 kalinya bersama suami sy.. Ya allah hanya allah yg tahu perasaan sy masa tu titisan air mata sy..itulah yg sy idam idamkan sekali lagi sy bakal menjadi ibu semula.. Sy bahagia sangat.. Dalam kebahagiaan sy sy takkan pernah lupakan kenangan indah sy bersama anak sy yg pertama..
“Sayang ibu minta maaf.. Walaupun ibu tidak sempat membelai kamu mencium kamu.. yakinlah ibu sentiasa ingatkan kamu dan mendoakan kamu.. Kamu tetap anak sulung ibu.. Kamu tidak layak diperlakukan seperti itu bila bila lagi masatu kamu sudah 4 bulan dalam kandungan ibu.. Sudah ditiupkan roh.. kamu sudah bernadi..Ibu mengidam macam2x.. Ibu pernah rasa kehadiran kamu.. Ibu tak pernah sangka benda tu akan terjadi.. Ibu tak sangka ayahmu perangai seperti binatang sanggup gugurkan kamu.. Doa ibu sentiasa bersamamu ibu minta maaf atas dosa dosa ibu.. Sekarang ibu ada anak baru lagi.. Adik kamu lelaki.. Ibu tahu kamu cemburu pada dia kerana dia dapat lahir kedunia.. Ibu tahu kamu menangis sayang ibu tak bersikap adil pada kamu.. Ibu pun menangis di sini sayang atas segala dosa ibu terhadap kamu.. Sekarang semua orang lihat adikmu sebagai anak sulung ibu.. Tapi bagi ibu kamulah yg pertama.. Kamulah kakak kamulah sulung.. kamulah ain ibu selamanya.. Semoga bahagia bersama bidadari di syurga sayang.. Ibu minta maaf gagal mempertahankan kamu hari tu.. Kalau tidak kamu pasti lahir sayang.. Maafkan ibu anakku ain”..

Sekarang sy bahagia sy ada suami sendiri ada anak sendiri.. Sentiasa bersama saya.. Sy berjalan ke mana sentiasa bersama suami.. Duit gaji suami semua untuk sy seorang.. Yg paling membahagikan sy bila sy terbangun dari tidur sentiasa ada suami dan anak disisi sy.. Ya allah terima kasih atas jodoh yg telah engkau tetapkan..

Disini sy ingin sampaikan pengajaran pada wanita yg belum berkahwin tetapi bfnya SUAMI ORANG fikirlah sejenak kata kata sy ni..

KENAPA HARUS MEMILIH SUAMI ORANG SENDANGKAN ADA BUJANG??
1) Sebab suami orang baik penyayang lebih romentik daripada bujang..
*Tahukah suami orang tu sebelum jadi suami orang dia asalnya bujang dan isterilah yg membuatkan dia jdi romantik sebab dia dah biasa layan isteri.. sebab tu jangan cepat terayu..
2) Sebab dia hidup senang mewah.. Bujang miskin.. Takda harta
* Tahukah kamu suami orang tu pernah menjadi bujang bila berkahwin isterinya lah yg bersusah paya hidup susah dan senang bersama dia isterinyalah yg membuatkan rezekinya bertambah..
*Cuba fikir sejenak andai kamu berkongsi kesenangan itu dibahagikan menjadi dua.. Itu kalau dia cuma ada dua nanti dia tambah 3 4 macam mana?? Kamu yakin ka kamu cuma akan berdua bermadu??
3) Sebab sayang sebab maruah..
* Fikirlah kamu sayangi dia dia pun sayang kamu kamu rasa dia baik.. Kalau dia baik kenapa dia perlu duakan isterinya?? Selalu dengar alasan
” Isteri tak pandai jaga suami.. Layan suami”
Cuba fikir kalau dia tak pandai layan suami kenapa mereka mempunyai anak?? Kenapa kamu harus dimadukan?? Test suruh suami orang tu ceraikan isteri confirm dia berfikir 100 kali dan tak sanggup apapun itulah yg pernah susah bersama dia dulu.
4) Takdir allah pertemuan dengan suami orang mungkin jodoh suami orang..
* Salah.. Itu bukan takdir allah.. Itu cuma ujian allah terhadap diri kita.. Adakah kita boleh mengelak atau meruntuhkan rumah tangga orang.. Selagi kita belum dinikahi selagi itu kita mampu mengubah nasib kita untuk memilih siapa menjadi pasangan hidup kita..
Jangan terlalu dibuai rayuan lelaki bila bila lagi lelaki tu suami orang.. Fikir sikit perasaan isteri dia.. Isteri dia pun wanita macam kita..
Tiada boleh mengubah nasib kita selain diri kita sendiri.. Pilihan kita.. Kita wanita.. Zaman nabi adam adam yg meminta untuk diciptakan hawa..
Kita wanita
Kita boleh memilih siapa kita suka
Kita yg bakal dinikahi
Kita boleh menolak..
Jangan kita fikir sayang kita untuk hari ini sahaja.. Bila kita menerima seseorang menjadi suami disitulah syurga kita.
“Suamiku syurgaku”
Kita tahu syurga tu macam mana indahnya.. Carilah suami yg boleh buat kehidupan kita bagai dalam syurga.. Bukan neraka..
Maruah terlanjur?? Insyaallah andai kita bertemu dengan seseorang yg ikhlas menerima kita apa adanya itu bukanlah penghalang untuk kita mencapai kebahagiaan sendiri selain bersama suami orang..
Yang lepas kita ikhlaskan.. Allah akan berikan yg lebih baik..
Terima kasih sudi membaca harap maaf andai ada silap dan salah.. Sekadar peringatan..
Sumber: Facebook Kisah Rumah Tangga
Jijik – "????" Waterpark ‘Bertahi’, maaflah tajuk macam ni | Air keruh (maybe sebab terlalu ramai org). Tu boleh consider lagi…paling takle blah ada tahi kat gigi air!!!🤢





Daripada seketul, kena hempas dengan ombak sampai berkecai takde petugas datang cuci pun!
Hanan nampak je benda tu terus angkat anak-anak bawak keluar mandikan bersih2. Tak kira la depa excited nak main lagi ke apa kotor tetap kotor ibu tak benarkan
Takleh terima laaa. Dah la rahman ni mcm tertelan2 air arghh😭
Sebab tu ibu kurang minat tempat crowded ya allah nyesal yang amatttttt!
Ni first time seumur hidup ibu g theme park
Ramai je parents nampak benda tu tapi buat dono pastu sambung mandi dengan anak-anak xfaham akuhh!! 🤧
Entrance ok la rm30 sorang(beli voucher kat fave) 
Nak rehat kena sewa pondok. Pondok RM50. Sangat la tak berbaloi
Not recommended!🙅🏻🙅🏻
Sayang anak, elakkan la tempat2 mcm ni. Mengundang pelbagai penyakit. Beli kolam mandi kat rumah lagi baik
Ktrg gi dekat customer service untuk complain n tunjuk bukti, manager dia just kata ok nanti kita usulkan menda ni pd management. Fuh gitu je🙌🏻



P/s: Gambar terpaksa amek jugak sebagai bukti. Kang ada kata cuklat la ketulan selut ke apa. Nah tengok sendiri
Sumber: Hanan Umairah