Saturday 9 December 2017

TERKINI! Palestin lancar roket ketiga ke Israel… Ya Allah bagilah kemenangan kepada pihak ISLAM, dan hancurkan Israel

BAITULMAQDIS : Sebuah roket dilancarkan ke atas pekan Sderot, di selatan Israel dari Semenanjung Gaza, malam tadi, namun pihak tentera enggan memberikan butiran lanjut mengenai kejadian itu. | TERKINI! Palestin lancar roket ketiga ke Israel… Ya Allah bagilah kemenangan kepada pihak ISLAM, dan hancurkan Israel

Pengumuman oleh radio awam bagaimanapun menyebut bahawa roket itu gagal untuk meletup dan tidak mengakibatkan sebarang kecederaan, tetapi seorang wanita berusia lingkungan 50an diberi rawatan ringan kerana mengalami kejutan.
Penunjuk perasaan Palestin bersembunyi di sebalik semak dan kawat duri ketika jip Israel memadamkan api ketika melakukan protes terhadap keputusan Presiden AS untuk mengenali Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, semasa pertempuran di sepanjang sempadan antara Israel dan Gaza. – Foto EPA-EFE
Tembakan itu adalah yang ketiga setakat ini dan memasuki malam kedua selepas pengumuman oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berhubung pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Sementara itu di Gaza, dua penduduk Palestin maut dalam pertempuran yang tercetus susulan pengumuman Trump.
Seorang lagi penduduk dilaporkan berada dalam keadaan sangat kritikal selepas ditembak di bahagian kepala semasa pertempuran itu.
Menurut kenyataan dari Kementerian Kesihatan Gaza, 14 penduduk tercedera dalam serangan udara dilancarkan tentera Israel bagi membalas tembakan roket berkenaan.
Tentera Israel mendakwa, kira-kira 4,500 rakyat Palestin terbabit dalam keganasan di enam lokasi di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza. – AFP

Israel pintas bedilan roket dari Gaza

BAITULMAQDIS: Sistem antipeluru berpandu Israel, Iron Dome, memintas roket yang dibedil ke wilayah Yahudi itu dari Semenanjung Gaza, kata tentera rejim Zionis dalam satu kenyataan.
SISTEM antipeluru berpandu Israel, Iron Dome, memintas roket yang dibedil ke wilayah Yahudi itu dari Semenanjung Gaza. – Foto AP
“Tiada kecederaan dilaporkan,” tambahnya.
Ia adalah kejadian kedua seumpama itu sejak kenyataan Presiden Donald Trump Rabu lalu yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.
Pengiktirafan itu mencetuskan kejutan seluruh rantau itu dan Hamas menggesa Intifada baru.
Kelmarin, Israel melancarkan serangan udara dan bedilan kereta kebal ke Gaza selepas apa yang disifatkan kenyataan tentera sebagai ‘roket’ yang ditembak ke selatan Israel.
Pegawai keselamatan Palestin berkata, dua lokasi yang diserang adalah pangkalan Hamas.
Tentera Israel berkata, sasaran adalah pos pejuang tanpa menyebut nama tetapi berkata Hamas bertanggungjawab di atas semua serangan dari wilayah yang ditadbirnya itu. – AFP

No comments:

Post a Comment