Jom Kenali RIAK ZAMAN MODEN DI LAMAN SOSIAL YANG RAMAI ORANG BUAT
Pertama :
**Pergi check in kat hospital siap snap gambar ayat berbunga sedih sendu
bagai mengalahkan sinetron suruh doakan
anak,suami,atuk,nenek,pakcik,makcik kalau boleh semua lah.. padahal nak
beritahu check in kat Prince Court Hospital.. Si pesakit pun cuma demam
manja je.. Katalah warded kat GH, mati hidup balik takkan ‘check in’
status fb,tweeter,instagram etc kan.. huhu
Kedua :
Snap gambar anak dalam rumah dengan caption ‘Alahai anak mama ni bla bla
bla..’.. Padahal nak tunjuk sofa, tv, perabot baru atau objek lain
latar belakangnya.. Yela.. Kalau tak buat macam tu orang tak tahu kan?..
nak jemput semua orang datang rumah pun setahun sekali je.. Lambat..
hmm
Ketiga :
Syukur tak henti-henti.. ‘Alhamdulillah rezeki yang semakin melimpah
ruah, makin masyuk..bla bla bla’.. Alhamdulillah itu dan ini.. Padahal
nak orang tahu betapa kayanya dan mewahnya aku sekarang (sebenarnya tak
ada pun).. Kalau ikhlas nak bersyukur, terus sujud atas tikar sejadah
kepada Allah swt.. Jadikan amalan sedekah berterusan supaya dilipat
gandakan rezeki.. Sesungguhnya Allah swt itu Maha Pemurah, Maha
Mengetahui.. Tak perlu guna facebook bagai sebagai orang tengah!
Keempat :
Tangkap gambar dalam kereta.. Eh pastinya nampak stereng sekali..
Caption, biasalah.. ‘Ala jam la jalan’.. ‘Good morning semua’.. ‘Letih
la hari ni’.. bla bla bla.. Padahal, motifnya nak tunjuk lambang kereta
tu yang penting.. Hello! pak cik dan mak cik yang pakai
Mercedes,Lamborghini, Porche pun tak buat gitu tau..
Kelima :
Ni selalu akak-akak yang selalu tawaf shopping mall.. Check in kat
shopping mall dengan status ‘shopping untuk hilangkan stress’ atau ‘ahh
hari-hari shopping habislah duit I’.. atau ‘Hmm, I kalau bershopping
macam ni lah..susah nak berhenti.. hahaha.. kelakarkan?’… sebenarnya nak
beritahu aku mampu beli barangan jenama Gucci,Prada,Louis Vuitton dan
sewaktu dengannya.. Siap tayang paper bag dan tanda harga lagi tau.. kau
ado?!
Keenam :
Sifat mak-mak yang terlalu sayangkan anak-anak.. 24/7 updatepasal anak
dia.. anak dia lah yang paling cerdik, anak dia lah yang paling comel,
anak dia pandai buat tu pandai buat ni.. Macam orang lain tak ada anak..
tak pun sibuk update pasal suami dia yang tercinta.. Suami dia yang
paling kaya, Suami dia yang paling penyayang, selalu tolong kemas rumah,
jaga anak.. ‘Bersyukur dapat suami soleh, penyayang, rajin.. love
abang’.. Nak keluar urat perut aku baca status..bblluuwerrkk.. Hmm..
memanglah itu facebook awak, tapi awak bukan Kate Middleton atau Diva
Siti Nurhaliza. Orang tak nak tahu pun setiap inci hal rumahtangga
awak..
Akhir sekali :
Gejala selfie muncung itik.. Tangkap pic sendiri.. Biasalah mulut
muncung kedepan, herot kiri kana, dengan caption ‘mukaku tanpa mekap’…
‘mata panda letih tak cukup tidur’..bla bla bla… dengan harapan adalah
orang lain komen.. ‘eh u still nampak comel lah’..’nampak muda dari umur
sebenar’.. etc etc.. hmm Lu pikir lah sendiri bak kata Nabil
Maka hindarilah dari bersifat riak!
Dalam Al-Quran, Allah swt berfirman yang bermaksud :
“Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai
daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak.” (Surah Al Maun : ayat
4-6)
Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264, Allah swt berfirman maksudnya :
“Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan
mencerca dan menyakiti seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana
riak manusia.”
Secara mudah kita simpulkan bahawa riak adalah perbuatan yang
semata-mata untuk mengharapkan sanjungan,pujian atau penghormatan
daripada orang lain. Hal ini adalah bertentangan dengan kehendak islam
yang sentiasa menyeru umatnya yang soleh dan solehah beramal atau
melakukan perkara kebaikan dengan hati yang ikhlas dan mengharapkan
keredaan Allah swt.
Sekiranya penyakit riak ini dibiarkan terus bersarang dalam hati
seseorang, lama kelamaan ia boleh membinasakan orang yang
mengamalkannya..
No comments:
Post a Comment