Friday 20 October 2017

Dia Buat Kecoh Lagi “Standby la pewaris-pewaris NABI .. justice duniawi is coming soon. Ada sesiapa lagi?” – Siti Kasim

Dia Buat Kecoh Lagi “Standby la pewaris-pewaris NABI .. justice duniawi is coming soon. Ada sesiapa lagi?” – Siti Kasim | Kuala Lumpur: Siti Kasim, peguam dan aktivis, telah memuat naik tindakan beliau membuat laporan polis ke atas Ustaz Zamihan ke dalam status Facebooknya kerana kenyataan ulama tersebut yang merujuknya sebagai jatuh kafir di atas ucapan dan kenyataan-kenyataan Siti Kasim sebelum ini....

Menara.my dimaklumkan bahawa Ustaz Zamihan telah dipanggil untuk memberikan kenyataan di Balai Polis Jinjang esok berikutan satu laporan polis oleh Siti Kasim.
Selain daripada Ustaz Zamihan, Ustaz Rozaimi Ramle dan Ustaz Mohd Aslam juga disebut sebagai pihak yang dilaporkan Siti Kasim dalam laporan polis tersebut.
Siti Kasim yang sebelum ini pernah mengeluarkan pelbagai kenyataan kontroversi mendakwa bahawa kesemua ustaz yang dilaporkannya itu telah mengakibatkan kepadanya reputasi baik agama dan kehidupannya terancam.
Kepantasan pasukan PDRM di bawah Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun yang baru dalam menangani sebarang bentuk ancaman terhadap Siti Kasim dan bukan Islam yang bebas ingin mendobi, haruslah dipuji masyarakat.
Kepantasan luar biasa ini menunjukkan kecekapan pihak PDRM dalam menyelesaikan isu-isu laporan polis oleh pihak bukan Islam dan muslimah yang terancam seperti Siti Kasim ini meningkat dari segi kecekapan dan kepantasan mengambil tindakan.
Siti Kasim yang juga seorang peguam turut menunjukkan keyakinan beliau terhadap PDRM. Beliau mengakhiri posting akaun Facebooknya dengan memuatkan kenyataan berikut:

“Standby la pewaris-pewaris nabi …. justice duniawi is coming soon. Ada sesiapa lagi?”

Sebelum ini Siti Kasim membidas kenyataan Mufti Perak
PETALING JAYA: Peguam dan aktivis terkenal Siti Kasim berkata Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria melakukan perkara sama seperti memfitnahnya dan oleh itu boleh dihukum 80 sebatan, menurut Al-Quran....

Menjawab kepada komen dibuat mufti itu pada sidang media di Ipoh semalam, Siti Kasim berkata Harussani tidak sepatutnya bercakap sebelum memastikan faktanya tepat.
“Saya tidak murtad. Dia perlu dengar temu bual asal saya. Jangan terkeliru dengan versi potong dan tampal yang berunsur fitnah oleh menara.my, laman web fundamentalis yang hanya menyerang sesiapa saja yang Islamofasis anggap sebagai liberal.
“Itu fitnah besar untuk menuduh wanita secara salah, boleh dihukum 80 kali sebat menurut Al-Quran,” katanya dalam postingnya di Facebook awal hari ini, bersama surah Al-Quran di mana 4 saksi diperlukan untuk menuduh.
Semalam, Bernama melaporkan Harussani sebagai berkata Siti Kasim tidak sepatutnya menyentuh perkara “tauhid” kerana itu bukan bidangnya.
“Perbuatan itu boleh menjurus kepada murtad,” katanya pada sidang media di Kompleks Islam Darul Ridzuan.
Berhubung tuduhan itu, Siti Kasim mempersoalkan di mana “4 saksi” mufti Perak, dan berkata: “Syariah tidak menerima video sebagai bukti”, merujuk kepada apa yang dilaporkan dikatakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.
Harussani juga menasihati Siti Kasim dengan berkata “orang yang murtad terkeluar daripada Islam dan kalau mati pun tak boleh ditanam di perkuburan Islam”.
“Saya menasihatkan (Siti Kasim) untuk tidak campur dalam urusan agama yang kita tidak tahu. Belajarlah,” kata Harusssani.
Siti Kasim turut mempersoalkan jika Harussani menyamakan dirinya dengan Tuhan.
“Adakah dia Tuhan? Memahami kepercayaan anda itu perlu. Allah perintah ummah untuk menggunakan akal mereka. Jadi nasihat saya kepadanya ialah dengar nasihatnya sendiri.
“Jangan cakap perkara yang kita tidak tahu kerana ia boleh memudaratkan diri kita sendiri,” katanya.
Harussani berkata demikian ketika mengulas laporan media yang menyebut tentang kenyataan Siti Kasim berhubung tuhan dalam satu temu bual dalam talian dengan media berbahasa Cina beberapa tahun lepas.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut dilaporkan berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan memanggil Siti Kasim untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya berkaitan kewujudan tuhan.
Sumber : Free Malaysia Today via Gedebak Viral

No comments:

Post a Comment