Monday 2 October 2017

Untuk Isteri - Pentingnya Hormat Pada Suami Selepas Berkahwin

Untuk Isteri - Pentingnya Hormat Pada Suami Selepas Berkahwin | Perempuan perlukan kasih sayang. Lelaki perlukan hormat. Nampak mudah, tapi sebenarnya agak rumit. Lelaki ada keperluan untuk dihormati yang sangat kuat hingga bila mereka dihormati, hati mereka akan jadi seakan-akan pokok yang sudah cukup disiram. Sebaliknya bila mereka rasa tak dihormati, mereka akan rasa sedih dan seperti dibenci. Ramai perempuan hari ini yang menghabiskan banyak masa & tenaga untuk memastikan rumah mereka bersih, anak-anak mereka sihat dan penuhi pelbagai lagi tugas lain. Tapi bila mereka lupa untuk menunjukkan rasa hormat pada suami, si suami akan nampak seperti tak menghargai segala pengorbanan si isteri. Pernah rasa???



Walaupun lelaki selalu nampak tidak emosional atau ekspresif, tetapi sebagai pasangan hidup mereka, perempuan tetap perlu peka terhadap perasaan mereka. Hati mereka tetap boleh terluka dan lebih susah untuk dipujuk. Cara yang anda boleh lakukan untuk tunjukkan rasa hormat;

1. Sentiasa bercakap dengan lemah lembut, tak kira berapa lama anda berdua dah berkahwin. Kalau anda boleh bercakap lembut dengan kawan-kawan anda, anda mesti boleh lebih lembut lagi dengan suami sendiri.


2. Jangan sekali-kali menjerit, memanggilnya dengan kasar atau gunakan kata-kata kesat.

3. Jangan sindir dia tentang isu-isu sensitive. Kalau dia ada kekurangan atau kelemahan, jangan jadikan ia bahan ketawa. Walaupun dia tak marah, boleh jadi dia pendamkan rasa kecil hatinya.

4. Dengar pendapatnya dan hormati permintaanya. InshaAllah anda akan diberi ganjaran di dunia dalam bentuk rumahtangga yang bahagia dan pahala untuk di Akhirat kelak.

5. Jangan berlawan dengannya untuk tunjuk siapa yang lebih berkuasa. Bila perempuan terlalu banyak mengarah dan agresif, lelaki akan jadi lebih keras dan berkira. Bila anda tunjukkan yang anda hormati tugasnya sebagai ketua keluarga, dia akan lebih mudah untuk tunaikan permintaan anda.

6. Tunjukkan kasih sayang dan rasa hormat pada keluarganya. Sekali sekala ajak mereka datang ke rumah atau keluar bersama-sama.

7. Terima bahawa kadang-kadang dia juga perlukan masa untuk diri sendiri atau hilangkan stress dengan kawan-kawan. Jangan halang, cuma pastikan senyuman anda sentiasa menanti bila dia pulang.

8. Tanya pendapat dia bila membuat keputusan penting dan hargai apa saja yang dia katakan.

No comments:

Post a Comment