Thursday 2 November 2017

ANDA SUDAH SEDIA UTK MELUPUSKAN KERETA LAMA ANDA?? POLISI JANGKA HAYAT PERLUPUSAN KERETA LAMA DIPERINGKAT AKHIR (KEMENTERIAN PENGANGKUTAN)

ANDA SUDAH SEDIA UTK MELUPUSKAN KERETA LAMA ANDA??  POLISI JANGKA HAYAT PERLUPUSAN KERETA LAMA DIPERINGKAT AKHIR (KEMENTERIAN PENGANGKUTAN) | Polisi Jangka Hayat Perlupusan Kereta Lama Diperingkat Akhir (Kementerian Pengangkutan) Anda Sudah Sedia Utk Melupuskan Kereta Lama Anda??

Menteri pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan kementeriannya kini dalam peringkat akhir dalam melakukan kajian polisi baharu bagi jangka hayat kenderaan, lapor Bernama.
Menurut Liow, kajian berkenaan turut mengandungi cadangan pemberian insentif bagi menukar kenderaan lama kepada baharu dan ia perlu mendapat kelulusan Kabinet terlebih dahulu sebelum dibentang di Parlimen.
“Kita tidak letakkan jangkaan tempoh untuk laksanakan polisi ini kerana kita tahu ia membabitkan pelbagai perkara selain perlu meminda undang-undang pengangkutan terutamanya Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Bagaimanapun, kita memahami kebimbangan rakyat kerana semakin ‘berusia’ kenderaan itu, semakin banyak isu atau masalah yang timbul,” jelas Liow kepada pemberita selepas merasmikan Konvesyen MCA Perak 2017.
Beliau turut menjelaskan sekiranya polisi itu dilaksanakan, Kementerian Pengangkutan akan menentukan jangka hayat sesebuah kenderaan selain pemberian insentif kepada pemilik yang mahu menamatkan jangka hayat kenderaan mereka
“Kita mungkin bagi rebat atau wang tunai kepada mereka yang bersedia melakukan penamatan itu dan bagi kita, ia antara cara terbaik untuk mengurangkan jumlah kenderaan lama di atas jalan raya,”katanya.
Liow turut menyebut bahawa banyak aduan yang diterima daripada pelbagai jabatan dan agensi yang mahu polisi baharu itu diperkenalkan dengan segera bagi mengurangkan masalah kenderaan terbengkalai dan ada laporan menyatakan bahawa ia menjadi tempat takungan hingga menyebabkan berlakunya penyakit denggi.
SUMBER : Bernama
Via Gengsembang http://www.gengsembang.com/2017/10/31/polisi-jangka-hayat-perlupusan-kereta-lama-diperingkat-akhir-kementerian-pengangkutan-anda-sudah-sedia-utk-melupuskan-kereta-lama-anda/





No comments:

Post a Comment