Tuesday, 12 December 2017

Presiden Trump Tidak Takut ‘TUHAN’

SACRAMENTO – CALIFORNIA. Gabenor California, Jerry Brown menyalahkan Presiden Donald Trump ekoran kebakaran hutan paling buruk di negeri itu.
Video VIRAL Kebakaran Hutan California di pautan terakhir artikel
Brown berkata, langkah Trump menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris ‘menyumbang’ kepada bencana di Selatan California yang kini telah memasuki minggu kedua.
Perjanjian Iklim Paris dianggap pelbagai pihak sebagai satu usaha yang mampu memperlahankan pemanasan global.



Sehingga semalam, ratusan ribu penduduk di Ventura, Los Angelas dan San Diego serta beberapa bandar berdekatan dipindahkan ke kawasan selamat.
Media tempatan melaporkan, pasukan bomba berdepan kesukaran untuk membendung kebakaran hutan yang diburukkan lagi dengan cuaca panas dan tiupan angin kencang.
Difahamkan, api merebak pantas selepas angin kering dan panas mirip angin Santa Ana di selatan California bertiup ke kawasan utara California ke arah Pasifik.
“Trump sebelum ini menganggap Perjanjian Iklim Paris tidak membawa sebarang manfaat kepada AS.

TIDAK TAKUT PADA TUHAN?

“Tengok sekarang, apa sudah jadi? Saya fikir Trump tidak takut pada Tuhan..tak takut balasan Tuhan,” ujar Brown.
Pada Jun lalu, Trump membuat kejutan apabila membuat keputusan meninggalkan perjanjian iklim Paris, yang turut disertai 195 negara lain di dunia.
Untuk rekod, AS tidak pernah menerima pakai perjanjian iklim sebelum ini, termasuk Protokol Kyoto 1997, yang dilihat menjejaskan kredibiliti dan kuasanya mengawal pelepasan karbon. – 60 Minutes

SUMBER : http://www.sinarharian.com.my/global/trump-tak-takut-balasan-tuhan-gabenor-california-1.769083

Sementara itu di negara timur tengah, 1 tradisi yang selama ini dipertahan akhirnya terpecah juga.

Arab Saudi halalkan wayang lepas haram 35 tahun



RIYADH – ARAB SAUDI. Penggemar filem terkini di Arab Saudi mampu menarik nafas lega selepas kerajaan membuat keputusan untuk membenarkan pengusaha wayang kembali beroperasi selepas ia diharamkan lebih 35 tahun lalu.

Menurut laporan CNN, kenyataan Kementerian Budaya dan Maklumat semalam mengatakan kementerian akan mula mengeluarkan lesen kepada pengusaha wayang bermula tahun hadapan.
Kerajaan konservatif berkenaan juga merancang untuk membuka 300 yang mampu menawarkan lebih 2000 skrin.

Bagaimanapun, kerajaan tidak memperincikan maklumat mengenai tempat duduk di dalam wayang iaitu wayang untuk lelaki sahaja, perempuan sahaja atau bercampur.
Pilihan untuk berhibur sebelum ini sangat terhad di Arab Saudi dan rakyatnya terpaksa melawat negara jiran untuk bercuti dan berhibur.

Rancangan tersebut merupakan sebahagian dari rancangan baik pulih ekonomi, Vision 2030 yang menyasarkan pengurangan kebergantungan kerajaan terhadap pendapatan hasil minyak.
Pemerintah Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed Salman juga telah melonggarkan beberapa undang-undang, antaranya akhirnya membenarkan wanita memandu kenderaan.
Dalam visinya, Mohammed Salman juga berikrar untuk menghapuskan ideologi ekstrem dan mengembalikan Arab Saudi ke ‘kesederhanaan Islam’.
SUMBER : http://www.sinarharian.com.my/global/arab-saudi-halalkan-wayang-lepas-haram-35-tahun-1.769372


No comments:

Post a Comment