Sayu Hati... Permudahkanlah bapa ini menjaga anaknya, Amin.... Semoga Diberikan Kecekalan dan Ketabahan | SEBELUM ini tugas menjaga dan membesarkan tiga anak orang kurang upaya (OKU) mereka, digalas bersama-sama.
Namun semuanya berakhir kelmarin, apabila si isteri, Nooraini Ismail, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tumpat, selepas hampir dua tahun menderita kanser payudara.
Kehilangan itu menyebabkan Mohd Zain Abdullah, 54, keseorangan dan perlu meneruskan tanggungjawab ke atas tiga anak istimewa, Khairul Nisaa', 23; Muhammad Amir, 16; dan Ain Husna, 15; sendirian.
Reda dengan ketentuan Ilahi itu, Mohd Zain berkata, dia kini bimbang sekiranya tiga anak itu yang menghidap Cerebral Palsy (CP) sukar menerima hakikat kehilangan ibu mereka.
"Sebelum ini apa sahaja, kami akan lakukan bersama. Arwah isteri akan uruskan makan pakai anak, manakala saya sediakan semua keperluan untuk keselesaan mereka dan supaya mereka dapat membesar seperti orang lain.
"Kehilangannya menyebabkan saya hilang punca seketika. Tanggungjawab sepenuhnya atas bahu saya dan anak kedua kami (Ummi Syamirah, 25) pula terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu jualan di kedai kain di Kota Bharu untuk membantu saya.
"Saya bimbang keadaan mereka (anak OKU) terjejas kerana mereka rapat dengan arwah terutama Ain Husna. Semalam pun dia asyik merengek mungkin menyedari ibunya sudah tiada," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kok Keli 1, Tumpat, hari ini.
Menurutnya, perkahwinan mereka dikurniakan lima anak OKU yang menghidap penyakit sama, namun dua daripadanya sudah meninggal dunia ketika berusia enam dan tujuh tahun pada 1991 serta 2013.
Arwah isterinya juga merahsiakan penyakit dihidapinya sehingga menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada November tahun lalu.
"Selepas pembedahan dia beritahu sudah sihat sepenuhnya dan minta saya tidak bimbangkan kesihatannya, sebaliknya fokus kerja sebagai tukang rumah bagi menyara keluarga.
"Tetapi keadaannya semakin serius sebulan lalu dan dimasukkan ke hospital dua minggu lalu, sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira 10 pagi semalam (kelmarin)," katanya.
Meskipun sedih kehilangan insan terpenting hidupnya, kesedihan itu tidak ditunjukkan di hadapan anak-anaknya.
"Saya akan pikul tanggungjawab ini sebaik mungkin demi anak syurga kami," katanya.
Kisah Mohd Zain tular di Facebook selepas dimuat naik di page Info Semasa Tumpat.

No comments:
Post a Comment