Ketika ini, pengacara popular Azwan Ali sedang sibuk berkempen untuk menjatuhkan abangnya Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.
Azwan Ali juga mahu bertanding menentang abangnya itu di DUN Bukit Antarabangsa...
Azwan Ali juga mahu bertanding menentang abangnya itu di DUN Bukit Antarabangsa...
Malah sekiranya, PM Najib Razak memberi green light untuk dia menjadi wakil, Azwan Ali sanggup berpuasa selama 6 bulan atau setengah tahun.
Azwan Ali telah ditemuramah secara live, kata Azwan Ali, walaupun dia tidak dipilih sebagai wakil rakyat, dia tetap akan menentang abangnya sehabis-habisan.
Azwan Ali juga berkata dia hanya bergurau dengan mengatakan berpuasa selama 6 bulan jika dipilih kerana sedar bahawa PM Najib mempunyai banyak lagi wakil lain utnuk menentang Azmin Ali.
Pengacara ini berkata dia layak menentang Azmin Ali kerana tahu segala-galanya tentang abangnya itu. Azwan Ali akui perjuangannya sememangnya berbau kekeluargaan.
Azwan Ali mempunyai bukti kukuh siapa Azmin Ali sebenar nya.
Selain isu politik, ada yang bertanya bila Azwan Ali mahu berkahwin?
Ini memang soalan yang dinanti oleh orang ramai.
Ini jawapan dari pengacara ini.
“Ada yang tanya kahwin, I nak cari isteri, hidung macam Neelofa, senyum macam Wani Hasrita, manis… oh angin (sambil nyanyi)
“Sebenarnya saya dah 52 tahun, saya rasa Karangkraf jadi media rasmi, kita kahwin dalam ni sahaja
“Tak gurau je, saya harap pelayar-pelayar tahu saya macam mana, kalau saya tak kahwin sampai saya mati tak apalah itu part saya”
“Maknanya Allah dah takdir saya macam itu, tak ada keluarga tak ada anak, itu tak jadi isu, saya redha dan saya pasrah.”
Itulah jawapan Azwan Ali apabila ditanya tentang perkahwinan. Apapun semoga ada jodoh untuk Azwan Ali.
doakan yang baik baik sahaja untuk beliau
sumber mediaterkini.tech
No comments:
Post a Comment